Wednesday, 22 April 2015

PIDATO SEBUAH KELEBIHAN

Pidato merupakan seni percakapan untuk menyampaikan isi isi bernas kepada khalayak ramai tanpa rasa malu dan tidak jemu untuk didengari. Seni ini harus dipelajari oleh para remaja agar memperoleh keyakinan diri yang tinggi dalam mengutarakan pandangan kepada apa2 isu. Kini pidato tidak boleh dikategorikan sebagai ilmu yang tidak penting kerana ianya akan digunakan sejak sekolah rendah sehingga ke alam pekerjaan. Tidak Percaya? Haha..baik,mari kita buktikan, sejak sekolah rendah anda telah diminta oleh cikgu untuk memperkenalkan diri sendiri bukan? Maka, secara tidak langsung seni berpidato telah digunakan. Ilmu ini akan terus giat dipergunakan apabila kita memasuki alam persekolahan menengah atau asrama kerana pastinya tidak kira di Sekolah Menengah, Asrama penuh dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), aktiviti temuduga akan dilaksanakan bagi menyediakan para pelajar ke arah alam pekerjaan kelak. Tidak lupa juga di asrama2, pastinya akan ditubuhkan Badan Perwakilan Pelajar (BWP) dalam MRSM atau Badan Perwakilan Asrama (BPA). Semestinya prosesnya adalah dicalonkan oleh rakan atau diri sendiri, kemudian memberi manifesto dan akhir sekali proses pengundiaan dan pemilihan. Jika dilihat dalam proses ini, manifesto merupakan sebuah aktiviti dimana pelajar yang bertanding bagi sesebuah jawatan harus memberi kata2 agar dapat menyakinkan pelajar lain bagi memilih mereka sebagai calon yang layak mendapat jawatan. Ilmu pidato akan diguna pakai sekali lagi dalam proses ini. Cuba bayangkan jika pelajar yang tidak biasa tentang berpidato akan mengalami kegugupan yang teramat ketika bercakap di khalayak ramai. Saya yakin bahawa semua orang akan merasa begitu. Percakapan pelajar yang biasa berpidato dengan  tidak biasa dapat dibuktikan dalam ayat ini:

PELAJAR BIASA BERPIDATO:

Berikut adalah gambar saya sendiri ketika menyampaikan pidato :D haha..

"ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA! NAMA
 DIBERI ADALAH AMIR BIN ROZAIDI DAN SAYA MERUPAKAN ANAK KETIGA DALAM KELUARGA. CITA CITA SAYA ADALAH UNTUK MENJADI SEORANG USAHAWAN YANG BERJAYA. SEKIAN DARI SAYA, TERIMA KASIH!

PELAJAR TIDAK BIASA BERPIDATO:

"ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA..ERMMM..NAMA SAYA AMIR BIN ROZAIDI..AAAAA..ANAK KETIGA DALAM FAMILY..ERM APA LAGI YEEE, HAA..CITA CITA JADI USAHAWAN, OK LAH TU, SEKIAN TERIMA KASIH.

Berdasarkan percakapan di atas, pasti majoriti akan memilih pelajar yang biasa berpidato untuk memegang jawatan kerana keyakinannya terserlah ketika berkata kata. Sifat kepimpinan juga akan disemai melalui aktiviti ini secara beransur ansur.


Alhamdullillah..mendapat anugerah pemidato spontan terbaik :)

Semoga mendapat inspirasi untuk menjadi remaja yang lebih baik dari diri ini, Chaiyok chaiyok!!

No comments:

Post a Comment